?

Log in

Previous Entry | Next Entry

SIRI 4 KAEDAH PENULISAN ILMIAH

Bibliografi

Menulis bibliografi atau daftar pustaka bermaksud menyenaraikan semua sumber rujukan dan bacaan sama ada yang telah diterbitkan seperti buku, jurnal dan majalah ataupun yang belum terbit seperti kertas kerja, tesis dan disertasi. Biblografi dapat membantu pembaca mengetahui sumber-sumber yang digunakan dalam sesuatu kerja ilmiah. Ada beberapa hal yang perlu diperhatikan dalam penyusunan bibliografi:

 

*    Bibliografi tidak diberi nombor

*    Urutan nama penulis mengikut urutan huruf

*    Gelaran penulis tidak dimasukkan

*    Bibliografi diletakkan pada bahagian terakhir tulisan

*    Nama pengarang Melayu, Cina dan India ditulis penuh dalam susunan asal tetapi pengarang Barat, hanya
 nama keluarga sahaja yang ditulis.

 

Urutan unsur-unsur yang ditulis dalam bibliografi ialah:

 

*    Nama penulis

*    Tahun penerbitan

*    Judul – digaris atau dicetak miring

*    Tempat penerbitan

*    Nama penerbit



Profile

khirjohari60
khirjohari60

Latest Month

February 2011
S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728     
Powered by LiveJournal.com
Designed by chasethestars