?

Log in

Previous Entry | Next Entry

WACANA 2

Analisis Nahu Wacana

Analisis nahu wacana adalah analisis wacana yang diusahakan dengan tujuan untuk menjelaskan nahu bahasa Melayu menggunakan data wacana atau teks. Dengan kata lain, analisis begini cuba memanfaatkan wacana dalam memerihalkan nahu bahasa Melayu. Cara nahu wacana dihuraikan bertentangan dengan nahu ayat. Nahu ayat menghuraikan nahu berasaskan ayat-ayat tunggal.

Menurut Azhar (1984) mewajarkan mengapa sintaksis atau nahu wacana penting diberi perhatian tatkala memeri nahu. Baginya ayat bukanlah batasan terakhir dalam lingusitik dan oleh hal yang demikian, lingusitik Melayu akan lebih bermanfaat jika dilakukan melalui pendekatan yang menggunakan julat bahasa yang lebih besar sebagai asas kajian. Bagi Azhar (1984), bahasa bukan sekadar ‘nahu’ dan bukan sekadar ‘bahasa’, tetapi adalah ‘bahasa jiwa-bangsa’.

Rujukan

Azhar M. Simin. (1984). Ilmu linguistik ‘kering’ agak sukar ‘memasyarakatkan’ ilmu bahasa. Jurnal Dewan Bahasa. 28: 728-738.

Profile

khirjohari60
khirjohari60

Latest Month

February 2011
S M T W T F S
  12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728     
Powered by LiveJournal.com
Designed by chasethestars