?

Log in

SIRI 2 KAEDAH PENULISAN ILMIAH

Catatan Pustaka

Dalam penulisan ilmiah, sumber maklumat yang digunakan atau dirujuk perlulah dinyatakan. Catatan tentang sumber maklumat seperti buku, majalah, jurnal atau surat khabar disebut catatan pustaka. Teknik catatatn pustaka yang lazimnya digunakan adalah seperti berikut:

Jika nama pengarang dimasukkan bersama teks, karangan yang  diisi di dalamnya tahun penerbitan dan muka surat dan perlu ditempatkan selepas nama pengarang tersebut. Tanda titik bertindih (:), dimasukkan di antara angka tahun terbitan dengan angka muka surat. Contoh:

Menurut Mohd. Nor Daud (1997 : 63), ayat yang berkesan ialah satu bentuk ayat yang disokong oleh kepelbagaian dalam struktur ayat. 

atau

Hassan Ahmad (2000), juga sependapat dengan....

atau 

Mengikut pandangan Saville – Troike (1986 : 52-63), peristiwa komunikasi....

Jika dalam teks nama pengarang tidak disebut, catatan nama pengarang, tahun penerbitan dan muka surat dimasukkan di dalam kurungan dan diletakkan di hujung teks sebelum noktah. Tanda koma (,) diletakkan di antara nama pengarang dengan tahun terbit. Contoh:

Secara amnya peribahasa ialah percakapan atau ujaran yang mengandungi kebijaksanaan fikiran dan pemerhatian yang tersusun dalam bentuk yang ringkas, indah, sedap didengar dan benar pada perasaan dan fikiran.

(Keris Mas, 1988 : 136)

Catatan Kaki

Catatan kaki ialah catatan-catatan kecil yang berfungsi memberikan keterangan tambahan terhadap teks yang ditulis. Catatan kaki ditempatkan pada bahagian bawah halaman dan dipisahkan daripada teks dengan garis panjang. Penomboran yang berurutan diberikan kepada setiap catatan kaki. Contoh:

 .....kajian etimologi1 tidak dapat dipisahkan daripada kajian linguistik...

 __________________________________________________________

          1. Etimologi ialah kajian tentang kata serta perubahan bentuk dan makna.

Catatan Kaki Singkat

Catatan kaki singkat merupakan satu lagi kaedah menunjukkan sumber rujukan selain kaedah catatan pustaka.

 ibid.           (singkatan daripada ibidum, ertinya sama dengan yang di atas).
                         Digunakan untuk catatan kaki yang sumbernya sama dengan catatan kaki yang telah disenaraikan di   
                   atasnya.

 op.cit         (singkatan daripada opere citati, ertinya dalam buku / karya yang telah dipetik), digunakan untuk
                   catatan kaki daripada sumber yang telah dinyatakan, tetapi telah disisip catatan kaki lain daripada 
                   sumber lain.

 loc.cit        (singkatan daripada loco citati, ertinya tmpat yang telah dipetik) 
                         Seperti op.cit, tetapi dipetik daripada perenggan yang lain.

Perhatikan contoh catatan kaki singkat yang menunjukkan sumber rujukan dan ditempatkan pada bahagian bawah halaman serta dipisahkan daripadaa teks degan garisan panjang seperti yang berikut:

1.           John Dewey, 1974. How We Think. Chicago. Henry Regnery Company. hal : 75

2.           Shaykh Hakim Moinuddin Chisti, 1985. The Book of Sufi Healing. New York. Inner Traditions International Ltd.
                    hal : 25

3.           Ibid, hal. 45

4.           John Dewey, op.cit., hal 89.

5.           John Dwey, loc.cit.


SIRI 1 KAEDAH PENULISAN ILMIAH

Pengenalan

Penulisan ilmiah merujuk penulisan yang berlandaskan metodologi keilmuan atau metodologi saintifik. Metodologi saintifik ialah pendekatan mengungkapkan fakta dan bukti bagi menyokong kebenaran melalui bebarapa langkah seperti perumusan masalah, pembentukan hipotesis, deduksi hipotesis dan pengujian kebenaran.

Bahasa penulisan ilmiah, biasanya memilih kata, istilah, ungkapan dan ayat yang maknanya bersifat denotasi, iaitu tepat dan jelas supaya tidak disalahertikan dengan makna-makna lain. Dengan demikian karangan ilmiah harus bersifat objektif, jujur dan tepat.

Jenis-jenis Penulisan Ilmiah

Jenis-jenis penulisan ilmiah yang utama ialah esei ilmiah, kertas kerja, laporan kajian, tesis dan disertasi: 

 *      Esei ilmiah merujuk karangan ilmiah yang pendek tentang topik atau permasalahan berdasarkan data yang diperolehi melalui rujukan perpustakaan dan / atau kerja lapangan. Penghuraiannya bersifat rasional-empiris dan objektif. 

 *      Kertas kerja ialah penulisan ilmiah yang memaparkan sesuatu fakta atau permasalahan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. Analisis dalam kertas kerja adalah lebih serius serta bersifat rasional-empiris dan objektif. Kertas kerja biasanya ditulis untuk diterbitkan dalam jurnal akademik atau dibentangkan dalam pertemuan ilmiah seperti seminar, bengikel dan sebagainya. 

 *      Laporan kajian atau penyelidikan ialah penulisan ilmiah yang menyampaikan maklumat atau fakta tentang sesuatu kepada pihak lain. Penghuraiannya juga bersandarkan kepada metodologi saintifik dan berdasarkan data kerja lapangan dan / atau rujukan perpustakaan. 

 *      Tesis ialah penulisan ilmiah yang sifatnya lebih mendalam. Tesis mengungkapkan pengetahuan baru yang diperoleh daripada pengamatan atau penyelidikan sendiri. Penulisan ilmiah ini melibatkan pengujian hipotesis bagi membuktikan kebenaran. Tesis biasanya ditulis oleh pelajar peringkat Sarjana Muda Kepujian dan peringkat Sarjana serta perlu dipertahankan di hadapan panel viva-você. 

 *      Disertasi ialah penulisan ilmiah tahap tertinggi dalam hierarki pancapaian akademik, iaitu untuk mendapatkan gelaran Doktor Falsafah (Ph.D). Disertasi melibatkan fakta berupa penemuan penulis sendiri berdasarkan metodologi saintifik dan analisis yang terperinci. Seperti tesis, disertasi juga perlu dibentangkan dan dipertahankan di hadapan panel atau lembaga viva-você.

Ciri-ciri Khusus Penulisan Ilmiah

Terdapat beberapa ciri khusus dalm penulisan ilmiah yang perlu diberi perhatian:

*      Catatan Pustaka
*      Catatan Kaki dan Catatan Kaki Singkat
*      Petikan Langsung dan Tak Langsung
*      Bibliografi / Rujukan / Daftar Pustaka 

 

Tiga kali kuliah ... diisi dengan pembentangan individu ... berkaitan dengan kepentingan kajian dan tatacara yang digunakan untuk melaksanakan kajian penyelidikan. Ku dikehendaki untuk menyampaikan pembentangan tersebut ... Kesediaan Guru Dalam Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 4 Di Sekolah Kebangsaan Batu Bertangkup, Beseri Perlis. Dalam masa 10 minit, kami dikehendaki menyampaikan persediaan melaksanakan kajian penyelidikan masing-masing ... Dr. Sharifah Fazliyaton bersedia memberikan komen dan memperbetulkan draf kajian penyelidikan kami.

 

Untuk itu ... esei yang lengkap mestilah menggunakan gaya APA. Draf esei hendaklah dilengkapkan selewat-lewatnya pada minggu ke-13 ... dan dilanjutkan hingga 2 Mei 2010 ... esei ini hendaklah diteliti oleh rakan sekuliah ... komen yang diberikan terhadap draf esei mesti diserahkan bersama-sama dengan esei lengkap yang sudah diperbaiki ... berserta juga dengan abstrak yang lengkap.

 

Kumemilih Shahremy sebagai sahabat untuk memberikan komen atas laporan penulisan penyelidikan yang disiapkan ... begitulah sebaliknya ... kami sama-sama menyatakan komen masing-masing atas setiap tugasan untuk dinilai dan diberikan markah.

 

Dalam pada itu ... kami juga dikehendaki menyiapkan Wacana Meta sebanyak 200 penanda wacana ... pelajar dikehendaki menghimpun wacana meta yang ditemui dalam makalah ilmiah yang dibaca sepanjang semester ... sebelum itu kusudah menyerahkan tugasan ini kepada Dr. Sharifah Fazliyaton ... namun kuteliti tugasan tersebut ... dan terpaksa memperbetulkannya ... kerana didapati penanda wacana ditulis lebih daripada dua kali ... kusunting dan mengedit semula penanda wacana ... dan kukira Wacana Meta kini, sudah terbaik dan akan dihantar kepada Dr. Sharifah Fazliyaton untuk dinilai seadanya.

 


Kuliah berikutnya adalah berkaitan dengan Peer Review ... teman yang dipilih akan memberi ulasan terhadap rangka esei dan draf esei. Rangka esei mestilah diserahkan selewat-lewatnya pada minggu ke 5 (kuliah) untuk dikomen oleh rakan yang dipilih.

 

Sesungguhnya tugasan ini bukanlah mudah untuk disediakan ... namun ianya memerlukan panduan tugasan ... tugasan ini menjadi asas kepada laporan penulisan penyelidikan selanjutnya ... namun kami terpaksa menyiapkan juga tugasan ini untuk dinilai dan diberi markah dalam semester kedua ini.

 

Panduan tugasan ini telah disampaikan oleh Dr. Sharifah Fazliyaton ... terutamanya berkaitan dengan ... setiap laporan penulisan penyelidikan mengandungi ... Pengenalan, Tinjauan Pustaka atau Sorotan Kajian, Kaedah Penyelidikan, Penemuan Data, Analisis Data, Dapatan Kajian, Kesimpulan dan juga Rujukan ... juga dibekalkan nota panduan oleh Dr. Sharifah Fazliyaton.

 

Untuk menyiapkan tugasan ini ... memerlukan rujukan yang rapi berpandukan hasil laporan kajian penyelidikan sarjana yang lain, yang lebih berkualiti ... semuga hasilnya lebih memuaskan nanti.

 

 

 

 

 

 

 

 


Minggu ini bersambung lagi kuliah bersama Yang Berbahagia Dr. Sharifah Fazliyaton … kuliah hari ini berkaitan dengan Ulasan Karya Kritis … kami dikehendaki memilih satu makalah ilmiah (panjang makalah antara 1800 hingga 3000 patah perkataan) … Ulasan mestilah disokong dengan bacaan teks ilmiah yang lain … panjang penulisan sehingga 1500 patah perkataan.

 

Alhamdulillah … dengan izin Allah jua … dapatlah kumenyiapkan ulasan karya kritis berasaskan tajuk makalah Bahasa Melayu: Penyumbang Ke Arah Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi … Pengarang: Rajendran Nagappan, Ph. D. (Michigan State) Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia ... namun hasilnya belum diketahui lagi. Sebenarnya, kubelum pernah lagi membina ulasan karya kritis ini ... dan dianggap ilmu yang baharu bagiku ... terima kasih diucapkan buat Dr. Sharifah Fazliyaton ... kerana menyampaikan pelbagai ilmu tentang Ulasan Karya Kritis ... dan disertakan dengan nota yang amat bermakna kepada kami.

 

Antara kandungan penyampaian Ulasan Karya Kritis ialah ... teliti hujah atau bahasan utama, kenal pasti pokok perbahasan atau hujah utama dalam makalah tersebut, nilai konteks perbincangan, semak hujah-hujah atau bahasan-bahasan penulis, semak kekuatan rumusan yang dibuat dalam kesimpulan, cari (jika ada) hujah-hujah lain yang boleh menolak hujah pokok yang dibuat oleh pengarang asal, teknik untuk melihat kelebihan atau kekurangan sesuatu penulisan yang berkaitan dengan ... adakah penulis menggunakan kata-kata yang beremosi, adakah penulis membuat penyataan-penyataan yang nampak benar tetapi tidak semestinya benar, adakah penulis gagal membezakan antara pandangan peribadi dengan kenyataan berfakta, adakah penulis menggunakan terlalu banyak istilah yang sukar untuk mengelirukan pembaca, adakah penulis mengujarkan idea yang sama berkali-kali dengan menggunakan kata-kata yang berbeza (lewah), dan adakah penulis berhujah berlandaskan pandangan seorang sarjana semata-mata.

 

 

 

 

 

 

 

 


Hari ini, minggu ini … kuliah diteruskan lagi bersama Yang Berbahagia Dr. Sharifah Fazliyaton … syukur pada Allah S.W.T … kerana dianugerahi kepanjangan usia … dalam menimba ilmu pengetahuan … duniawi dan ukhrawi … moga-moga Allah S.W.T merestui ku dan kami semua.

 

Kuliahku hari ini … adalah berkisar tentang Penulisan Menggunakan Sistem APA … ilmu yang baharu bagiku dalam Penulisan Penyelidikan … Dr. Sharifah Fazliyaton begitu menekankan hal tersebut … sedapat yang mungkin pelajar-pelajarnya dapat menggunakan sistem APA dalam penulisan … kucuba untuk mengikuti dan memenuhi kehendak Dr. Sharifah Fazliyaton … teguran yang membina atas kesilapan menulis … menjadikan kulebih berhati-hati dalam menyediakan laporan penulisan penyelidikan.

 

Antara kuliah Penulisan Menggunakan Sistem APA … Penggunaan tanda pengikat kata … Makalah Mohammad Fadzeli Jaafar (2007) “Gaya Perbualan dalam Teks Kreatif Bahasa Melayu” … Penggunaan kurungan … Perlu menggunakan penanda rujukan dalam teks … Wilss (1981) menyatakan bahawa seorang penterjemah itu bergantung pada keupayaan mentalnya, pengetahuan linguistik, dan juga pengetahuan dunianya. Penggunaan huruf besar … Kritikan terhadap makalah “Teori Definisi dan Aplikasinya Dalam Bahasa Melayu”. Penggunaan huruf sendeng … Menulis tajuk buku, makalah dan penerbitan mikrofilem … Pegangan Pengarang: Petua dan Proses Laras Bahasa Ilmiah. Penggunaan petikan … Petikan yang dibuat terus dari pengarang asal mestilah dihasilkan semula kata demi kata dengan tepat … Petikan pendek untuk ungkapan kurang dari 40 perkataan mestilah dimasukkan ke dalam teks dan dikurung dengan “tanda pengikat kata”. Penanda kutipan … Semasa mendokumen kajian anda, nyatakan nama pengarang dan tahun penerbitan dalam penulisan anda. Hal ini membolehkan pembaca mengenal pasti sumber dan membolehkan mereka mencari bahan dalam senarai rujukan yang anda berikan pada penghujung penulisan anda. Penggunaan senarai rujukan … Bentuk umum, karya dihasilkan oleh dua orang pengarang … dan banyak lagi.

 

Sesungguhnya banyak ilmu yang dicurahkan oleh Dr. Sharifah Fazliyaton … Penggunaan sistem APA dalam penulisan … banyak kesilapan yang kami lakukan ketika menyiapkan tugasan kursus yang diberikan oleh pensyarah … akan kami baiki tugasan tersebut nanti … Insya Allah … terima kasih Dr. Sharifah Fazliyaton.

 

 

 

 

 



Seperti minggu-minggu kuliah yang lalu … kami menimba ilmu lagi … sebenarnya masih cetek lagi ilmu mengenai hal ini. Dr. Sharifah Fazliyaton tidak jemu-jemu menyampaikan ilmu ini buat kami … terutamanya buat diriku yang sudah berusia daripada sahabat-sahabat yang lain sepengajian … kata sahabat, ‘orang lama’. Namun ku tidak mengenal erti usia … tuntutlah ilmu walaupun sudah berusia … ilmu yang berguna buat diri dan anak bangsaku sendiri.

 

Lanjutan kuliah diisi dengan sorotan kajian yang berkaitan dengan fungsi sorotan kajian, gaya penulisan untuk sorotan kajian, carian karya sarjana, menilai kajian terdahulu dan menghasilkan sorotan karya dan seterusnya mengurus sorotan kajian berbantukan komputer. Juga tentang kaedah dan pendekatan dalam penyelidikan yang berfokus kepada gaya penulisan kaedah, kekuatan dan kekangan kaedah penyelidikan dan isu etika. Kami menerima seadanya ilmu yang disampaikan oleh Dr. Sharifah Fazliyaton melalui teknik pengajaran Power Point … yang lebih berkesan dan bermakna.

 

Alhamdulillah … seterusnya kami dikehendaki menjawab latihan mengenai aspek ‘Tujuan Dalam Penulisan’. Kami diberikan lima petikan … dan dikehendaki menilai dan menganalisis tujuan penulisan penyelidikan tersebut. Kami bersama berbincang dengan bimbingan Dr. Sharifah Fazliyaton. Hasilnya kami dapat memahami sedikit sebanyak tentang asas tujuan penulisan penyelidikan tersebut. Tanpa latihan, kita tidak dapat mengetahui sepenuhnya tentang ilmu yang disampaikan.

 


Hari ini kubersama sahabat-sahabatku sepengajian … didedahkan dengan pelbagai lagi ilmu mengenai Penulisan Penyelidikan … yang antaranya merangkumi bidang Bahagian Awal Penulisan Tesis dan Pengenalan Tesis … iaitu berkaitan dengan halaman tajuk, abstrak dan halaman kandungan … jadual, rajah, senarai singkatan, istilah utama dan penghargaan … pemilihan dan kepentingan topik penyelidikan … juga matlamat dan objektif penyelidikan.

Dalam kuliah … kami sering meminta Dr. Sharifah Fazliyaton menyampaikan penjelasan cara-cara menulis abstrak yang terbaik dalam penulisan penyelidikan.

Takrif Abstrak ;

penulis harus dapat menyimpulkan perkara-perkara yang inti dalam tesisnya itu dalam bahasa yang ringkas dan padat, dan keringkasan serta kepadatan bahasa terlatak pada pemilihan laras …(Asmah Hj. Omar, 2009, hal. 129).

Seterusnya Dr. Sharifah Fazliyaton mengutarakan tujuan penghasilan abstrak … yang antaranya adalah;

Membantu pembaca membuat keputusan untuk membaca sesuatu artikel atau tidak.

Membantu pembaca dan penyelidik mengingati dapatan-dapatan penting dalam subjek kajian tertentu.

Membantu pembaca memahami sesuatu teks dengan membaca bahagian hujah utama dengan awal.

Indeks artikel untuk carian maklumat segera dan rujukan bersilang.

Membantu penyelia melihat kajian-kajian utama tanpa perlu membaca makalah lengkap.

Juga Dr. Sharifah Fazliyaton mendedahkan kepada kami  … jenis-jenis abstrak  … iaitu tentang Abstrak Deskriptif dan Abstrak Informatif. Kami ditekankan beberapa perkara yang perlu ada dalam penulisan abstrak. Penulisan Penyelidikan yang baik adalah berasaskan penulisan abstrak yang terbaik. Di samping itu, kami memperolehi ilmu penulisan penyelidikan mengenai … Strategi retorik yang sering digunakan dalam abstrak. Juga kami semua didedahkan dengan latihan menganalisis abstrak bersama dengan Dr. Sharifah Fazliyaton … ini menambahkan lagi pengetahuan tentang penulisan penyelidikan.

Moga dengan pendedahan tentang penulisan abstrak … menjadi panduan buat kami dalam menyediakan laporan penulisan penyelidikan nanti …. Terima kasih tidak terhingga buat Dr. Sharifah Fazliyaton … meskipun ada kesilapan yang akan ditemui dalam penulisan penyelidikan yang sebenarnya.

 


Melangkah kaki ke alam kuliah pertama bersama Dr. Sharifah Fazliyaton … Semester 2 Sarjana Pengajian Bahasa Melayu Kontemporari … mengisi kursus Penulisan Penyelidikan … menambah lagi pengetahuanku dalam ilmu pengajian bahasa Melayu … akanku teruskan pengajian ini biarpun rintangan dan dugaan yang mendatang … pengorbanan mesti diutamakan dalam saat ini … moga Allah akan merestui pengajianku ini … sebagai contoh tauladan buat anak-anakku … yang ayahnya bisa mencapai sesuatu impian dan pengharapan yang tinggi … meskipun ombak dan badai yang sering menimpa di kalaku menimba ilmu … buat isteriku, terima kasih tidak terhingga atas semangat dan dorongan yang dicurahkan … hanya Allah jua yang membalasinya.

Kuliahku bersama dengan Dr. Sharifah Fazliyaton … adalah berkisar tentang Pengenalan Penulisan Penyelidikan, Merangka Penulisan dan seterusnya Tatacara Penulisan Penyelidikan … kali pertama kumendalami Penulisan Penyelidikan bersama dengan Dr. Sharifah Fazliyaton … namun sebelum itu, kupernah juga menghasilkan penulisan penyelidikan di peringkat ijazah sarjana muda … Bacelor Sains Pembangunan Sumber Manusia, Universiti Putra Malaysia …  secara berkumpulan.

Hari ini kubelajar lagi … dan lebih mendalami lagi dalam Penulisan Penyelidikan ini. Kami didedahkan dengan pelbagai ilmu oleh Dr. Sharifah Fazliyaton tentang … Sifat dan kerencaman penulisan penyelidikan, ciri-ciri tesis yang berkualiti dan juga penulisan penyelidikan sebagai satu genre melalui Pengenalan Penulisan Penyelidikan. Juga kami dikuliahkan dengan Merangka Penulisan … khalayak tesis, proses penulisan, jenis penulisan dan mengumpul sumber maklumat. Seterusnya, kami didedahkan dengan Tatacara Penulisan Penyelidikan … yang berkisar mengenai bentuk dokumentasi, rujukan, kutipan dan indeks, plagiarisme, para frasa dan rumusan dan penilaian maklumat.

Moga pendedahan ilmu ini … menambahbaikan buat kami dalam membina Penulisan Penyelidikan yang lebih baik, tepat dan sempurna.

 


Allah Taala menyeru: “Wahai Muhammad! Bawalah umatmu untuk dihisab dan lintaskan mereka di atas Sirat yang dilebarkan. Panjangnya sejauh 500 tahun perjalanan.”

 

Read more...Collapse )